(Add fb pixel tracking code here)
Aqiqah (Bahasa Arab: عقيقه) ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Perkataan aqiqah dari kata al-Iqqah bererti rambut makhluk yang baru dilahirkan, baik manusia atau binatang. Aqiqah afdhal dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran.
Hukum melaksanakan aqiqah untuk anak yang baru dilahirkan adalah Sunat Mu’akkad dan sangat-sangat digalakkan dalam Islam. Pendapat yang sedemikian adalah pendapat jumhur imam-imam dan ahli fiqh. Oleh itu hendaklah ibu bapa melaksanakannya jika ada kemampuan untuk menghidupkan sunnah Rasulullah SAW ini. Sehingga ia juga akan menerima keutamaan dan pahala di sisi Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis: “Sesungguhnya manusia pada hari kiamat nanti akan diminta tanggungjawabnya atas aqiqah, sebagaimana akan diminta tanggungjawabnya atas solat-solat lima waktu.”
Sunat menyembelih 2 ekor kambing untuk aqiqah bayi lelaki, dan seekor kambing untuk aqiqah bayi perempuan.
Ibadah aqiqah adalah tanggungjawab wali (Ibu bapa) anak tersebut. Jika sekiranya ibu bapa telah meninggal dunia (sebelum sempat mengaqiqahkan anaknya), maka datuk, bapa saudara atau penjaga anak tersebut bertanggungjawab untuk melaksanakannya.
Boleh, jika ia berkemampuan dan sudah mempunyai pendapatan sendiri, kerana Nabi SAW juga melaksanakan aqiqah untuk dirinya sendiri selepas dilantik menjadi nabi iaitu ketika baginda berusia 40 tahun.
Anak lelaki sebaik-baiknya diaqiqahkan dengan 2 ekor kambing, akan tetapi seekor kambing sudah memadai bagi tujuan menunaikan tuntutan ibadah aqiqah tersebut. Ini kerana Rasulullah SAW sendiri melaksanakan aqiqah untuk cucu baginda dengan seekor kambing sahaja.
Dalam sebuah hadis diriwayatkan; “Bahawa Rasulullah SAW telah mengaqiqahkan Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri.” Hadis riwayat Abu Daud.
Antara perbezaan yang wujud di antara aqiqah dan qurban ialah:
Diriwayatkan oleh Buraidah bahawa, “Pada zaman Jahiliyyah apabila kami mendapat seorang anak lelaki, maka kami menyembelih seekor kambing, maka kami mencukur kepala bayi tersebut, lalu kepalanya kami sapu dengan darah kambing yang disembelih itu”.
Menurut riwayat Ibnu Sakan pula, “Orang-orang Jahiliyyah meletakkan kapas yang telah dicelup dengan darah aqiqah lalu kapas yang penuh dengan darah tersebut disapu ke ubun-ubun bayi yang baru saja dilahirkan itu. Setelah datangnya Islam, perkara itu tidak dibenarkan oleh Rasullullah SAW. Baginda menyuruh menggantikannya dengan meletakkan haruman kasturi pada kepala bayi yang baru dilahirkan itu.
Apabila kita melihat penjelasan tentang sejarah ibadah aqiqah seperti di atas, tradisi aqiqah ini adalah suatu tradisi yang diterima oleh Islam dengan mengadakan pembetulan pada bahagian-bahagian tertentu. Hikmah penyembelihan aqiqah itu diterima oleh Islam kerana aqiqah itu merupakan suatu upacara yang memperlihatkan kegembiraan, mensyukuri nikmat, serta merupakan suatu ibadah sosial.
Menurut jumhur ulama, haiwan yang dibolehkan untuk disembelih bagi ibadah aqiqah ialah unta, lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan kibas. Pelaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut;
Ibadah Qurban ialah Ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang dilakukan pada hari raya Aidil Adha iaitu; 10 Zulhijjah (selepas selesai solat hari raya) dan pada hari-hari Tasyrik berikutnya iaitu; 11, 12 ,13 Zulhijjah.
Hukum melaksanakannya adalah Sunat Mu’akkad iaitu sunat yang sangat dituntut melakukannya.
Syarat melaksanakan Ibadah Qurban adalah seperti berikut:
Dalam mazhab Syafi’e tidak boleh dilakukan, kerana daging tersebut disandarkan kepada sembelihan ibadah.
Penjelasan lebih lanjut boleh rujuk dipautan berikut: https://bit.ly/3bjKhX1
Hikmah sebenar sesuatu ibadah hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Walau bagaimanapun ibadah qurban yang menjadi amalan umat Islam sekarang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan peristiwa qurban di antara Nabi Ibrahim AS dengan anaknya Nabi Ismail AS. Maka dengan melihat kepada peristiwa tersebut beberapa hikmah dapat disimpulkan:
Menyembelih haiwan qurban pada Hari Raya Qurban dianjurkan ke atas seluruh umat Islam, akan tetapi tuntutan sebenar ialah kepada yang mampu, sehingga Rasulullah SAW memberi amaran dalam beberapa buah hadis kepada mereka yang tidak menunaikan ibadah qurban, antara hadis tersebut ialah:
Maksud hadis, “Sesiapa yang mempunyai kelapangan (mampu), tetapi tidak berqurban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.”